Tuesday, November 2, 2010

when everybody try to stand out,i will sink in...

its cool when nobody knows you.

Thursday, October 28, 2010

Jangan-lah bermain dengan kata-kata

atau mengucapkan kata kata manis

sebab ianya akan memakan diri sendiri,self destruct,atau demolished.Itu juga seolah-olah memberi harapan kepada orang-orang di hadapan kita

dan

harapan itu juga adalah senjata paling berbahaya.

Monday, October 25, 2010

Cari kawan satu hati,bukan satu kepala

Apakah maksudnya yang sebenar?

Maksud satu kepala ialah hanya kawan yang tahu apa yang anda nak dan beri kamu apa yang kamu mahu.Tapi kawan satu hati ini,adalah kawan yang akan bagi apa yang kamu perlu dan dengan ikhlas,dia tahu apa yang terbaik untuk diri kamu..

Adakah kawan anda begini?

i have both..but certain only.not certain,just a few friend

Like I used to said, Saya suka kawan tapi tak suka kawan

Sunday, October 17, 2010

Profaniti karut

Sudah lama sebenarnya aku tidak menulis panjang. Mungkin semenjak kebelakangan ini banyak aktiviti-aktiviti baru yang aku boleh buatsetiap hari. Apa-apa pun buat masa ini aku rasa lebih sihat, lebih segar, dan juga lebih bersemangat untuk membuat sesuatu perkara.

Akibatnya masa untuk menulis semakin menurun. Bukan masa sahaja, malah inspirasi dan idea juga semakin berkurangan. Mungkin sekarang aku lebih tenteram dan stabil, lebih mengambil masa untuk berfikir masak-masak tentang sesuatu perkara, dan juga lebih cenderung untuk menikmati sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.

Secara jujur, mungkin dahulu ada banyak perkara yang perlu ditulis,hendak ditulis akibat bahang yang membakar di dalam hati. Banyak gila perkara yang membuatkan aku puas hati, tetapi mungkin sekarang aku lebih senang menerima keadaan dan orang sekeliling. Dan oleh kerana aku memang jarang menulis perihal peribadi, banyak tulisan aku sebenarnya berkenaan dengan pendapat aku sendiri tentang pemerhatian yang aku lakukan.

Mungkin atas sebab ini ramai yang tidak puas hati sebab mereka rasa ada banyak lagi pemerhatian yang boleh aku tulis. Ya, memang, cuma aku tidak mahu. Bukan takut atau mula sensitif dengan pendapat orang lain tentang aku, cuma aku rasa tidak perlu.

Jadi aku terfikir, akibat kekurangan modal sekarang, hasil penulisan semakin merundum. Mungkin sudah tiba masanya aku menulis (secara abstrak) tentang kehidupan harian aku.

Apa aku makan.

Apa aku minum.

Siapa aku jumpa.

Siapa aku kongkek.

Sebab nampaknya memang ramai yang berminat tentang cara kehidupan aku yang kononnya bohemian dan sesat. Cuma aku teringatkan post-post aku dahulu, memang macam-macam masalah aku terima akibat dari post-post itu.

Jadi apa pendapat kamu? Patutkah aku?

Saturday, October 16, 2010

Kepada President Gas Engineering Student Society

Zam ainul arif

maaflah kerana tidak bertegur sapa kerana saya seorang yang pemalu.HAHAHAHA

Saturday, October 9, 2010

Walaupun hidup penuh dengan gegak gempita betrayal dan palat malapetaka, walaupun hidup ini tidak pernah mahu mencuba untuk membuat aku rasa sempurna, but at this time, at this point, at this moment, kau ada-lah treasure terulung yang melongkang-kan segala duka durjana sang dunia.

Hidup sebenarnya tidak-lah secelaka mana, asalkan kau belajar mahu menerima.
And Life is Meaningful too, jika kau bisa bikin hati manusia yang kau suka, senantiasa dalam Jajahan Happiness.

Hey hati-hati gundah, walau bertahun kau melata dan merayap cuba mencari makna hidup, atau cuba lari dari bertemu jawapan yang sebenarnya telah kau temui, atau mahu terus lekat dalam
denial diri sendiri, bila tiba masa-nya, Rasa-Rasa itu akan tetap berpeluk juga dengan pemilik-nya.

Ying dan yang, hitam dan putih, panas dan sejuk, siang dan malam, awal dan akhir, hidup dan mati, baik dan jahat, kotor dan bersih, etc, etc.

Fahami-lah, kita tak perlu-kan duplikasi diri, kita tak perlu-kan satu lagi
copy diri untuk terus menikmati kecantikan dan warna-warni hidup, apa yang kita cuma perlu-kan ada-lah, sesuatu yang melengkapi.

hati aku cakap

aku agak kasar rasanya bila berada dengan orang sekeliling aku.

Sunday, October 3, 2010

i am....

i am glad that i managed to control the feeling and focusing on my aim to work hard and work smart.

i able to face the feeling unconditionally and without hesitation.

and i love myslef because i don't act normal.i am being normal.

Eyes

The eyes are the windows to our soul
The eyes cannot be trusted

AND

The eyes cannot resist from seeing naked WOMAN

Sunday, September 26, 2010

Refleksi mentaliti

Aku memang berbeza pendapat dengan ramai orang. Even dengan teman-teman rapat aku pun aku selalu tidak sekata. Tapi, bukan selalu-lah. Kami semua sangat mesra.

Banyak idea-idea konvensional dan tradisional yang berlanggar dengan fitrah pemikiran aku. Dan fitrahnya juga, aku lebih suka diam dari terus berdiskusi jika aku bersama dengan manusia konservatif. Sebabnya, aku tahu, normal-nya, ramai yang lebih suka pada konversasi win-lose situation rather than to think.

Aku tak kisah siapa yang menang, as long as I could deliver my idea. Dan aku tak kisah pun kalau mereka rasa mereka menang. Bukan dapat award pun menang, cuma timbul ujud dan riak saja.

Sunday, September 19, 2010







sejak hatiku.
runtuh untuk kamu.
firasatku.
bertaburan.
menyanyikan lagu rindu.
menjejak lelah.
tiada tepian.
meruntunkan sebuah hati.
bersalut cinta.
dari kamu.

Tuesday, September 14, 2010

Together









we are one

Wednesday, September 8, 2010

Transmisi masa dan waktu

Hidup ini adalah satu pengembaraan yang solitude dan sunyi.

Apa yang kau temui,siapa yang kamu jumpai,apa yang kamu miliki,semuanya hanyalah satu babak dari skrip kehidupan yang telah ditentukan,yang pada hakikatnya tidak bermakna apa-apa.

Kosong,Nihil,Sifar.

Pada realitinya,kamu jalani hidup di dalam ruang kiub ini tanpa teman,tanpa lawan,tanpa kawalan,tanpa kepentingan,tanpa sesiapa.Yang ada hanya-lah,diri kamu sendiri yang berjuang menidakkan rasa keseorangan,dan keterasingan jiwa sepanjang masa,melalui,merentasi,menelusuri,dan menyimpan pelbagai misteri peribadi,sepanjang nyawa berlegar di badan.

Misteri peribadi yang kamu panggil,precious,dan bernilai itu,mungkin hanya membantu kamu menjadi lebih jaguh daripada orang lain,tatkala dalam perkumpulan atau bersosialan.

Rasa kagum,mesra,sempurna,bangga diri,bahagia,lebih baik,seronok,selesa,semuanya pupus apabila kamu pulang,dan kembali kepada atau bersama diri kamu.THE REAL YOU.

Ya,diri kamu.

Seperti aku katakan tadi,semuanya kosong.

Nyatanya,hati kecil kamu sentiasa dalam gejolak gelisah gundah.Kembali menjerit untuk difahami dan didengari.Terperangkap dalam jiwan yang meronta.Terjerut.Terbatas.Terkial.Rasa kehilangan.Kerisauan.Melankolik.Kekosongan.Rasa yang tidak mampu untuk ditranslasi-kan dengan tepat oleh kata-kata.

Kerana hidup ini,walau sehebat mana kamu mencuba untuk menjadi riang gembira,walau sejauh mana pun kamu berusaha mencari maknanya yang absolute,ia akan sentiasa kekal berpaling dan memandu kamu ke satu arah.

Sendiri,sepi dan miserable.



Imbau


"One day, you will give up everything. I live long enough, just to see suffering."

Itu, bagi aku, walau tidak menoktah-kan soalan-soalan aku, ada-lah jawapan yang sangat-sangat jujur.

Monday, September 6, 2010

Sekarang

aku rasa kosong.lagi

Friday, September 3, 2010

Atas permintaan kau dahulu,aku tunaikan sekarang

Wish you all the best at Jakarta.



















semakin hari semakin..

Dia:Dude,asal kau makin jarang blogging hah?

Aku:Puasa

Thursday, September 2, 2010

Pensil makin tumpul

Secara jujur, aku tak boleh tulis (dalam erti kata sesuai di sini, memblog) macam dulu-dulu.

Aku tak tau kenapa, I just can't.

Tulis panjang-panjang, memberontak keadaan sekeliling, persoalkan dunia, mengapa begini, mengapa begitu. Atau simply about stupid jokes yang aku dengar di sekeliling atau sekadar bermain dalam imaginasi aku.

Itu dulu.

Kadang-kadang aku sengaja baca entri lama, aku tergelak seorang diri. Aku terfikir, macam mana aku boleh tulis macam ni dulu?

Masa berlalu. People change, atau fikiran mereka, at least. Mungkin tu yang berlaku dekat aku. Jadi gaya penulisan pun berubah. Dari hari ke hari aku perhatikan, kotak komen pun jadi makin sunyi. Tak macam dulu-dulu.

Tapi aku tak kisah. Aku tau ada orang baca pun kira best dah. Serius. Terima kasih sebab baca dan buat aku rasa didengari dan dihargai.

Monday, August 23, 2010

Alasan pembancuh teh adalah "puasa"

Di cafe, kawan aku kata air teh-o yang dia order sangat manis. Aku rasa, memang manis.

Dan aku terfikir, kerajaan dah laksanakan kempen anti-rokok dengan meletakkan gambar kesan buruk akibat merokok di kotak-kotak rokok di pasaran.

Jadi, apa kata lepas ni, kerajaan buat kempen kesedaran tentang bahaya penyakit diabetes dengan meletakkan gambar berkaitan kesan diabetes di semua produk makanan yang ada banyak kandungan gula(termasuk karbohidrat).

Mungkin baik untuk kesan masa panjang.

Eh, aku serious ni beb

Friday, August 20, 2010

Officially




Gas Engineering Students Society

Wednesday, August 18, 2010

Monday, August 16, 2010

Teori Lucu-Makanan yang sedap ketika tidur

Objektif:Rasa kenyang pada esok hari tanpa sahur

Bahan-Ayam Goreng dan Kacang Rebus

Kaedah- 1-pastikan bahan yang digunakan kuat bau-nya dalam radius 1 meter
2-Pastikan bahan eksperimen (manusia) sudah tidur nyenyak
3-letakkan makanan tersebut berhampiran hidungnya
4-pemerhatian terhadap eksperiment direkodkan

Data

*data-nya telah di-delete atas sebab sebab yang tak munasabah.

Diskusi

-Semua bahan eksperimen tidak berasa lapar pada esok harinya kerana telah bersahur dalam mimpi masing masing
-Oleh itu,mereka tidak perlu mengeluarkan duit untuk turun ke cafe bersahur

Langkah beringat-

-Ketika meletakkan makanan di hidung bahan eksperimen,pastikan hidung-nya bergerak.Ini menunjukkan bahawa,ianya berjaya menghidu bau makanan tersebut untuk di-transmisikan ke otak untuk di proses lalu dihantar ke sistem deria bau


*Teori ini telah di-sahkan melalui eksperimen secara praktikal





Friday, August 13, 2010

Refleksi

"Dude,masih kau rasa sepi,kosong atau seperti left out,even kau dikelilingi oleh manusia yang bisa buat kau senyum dan gelak?"tanya aku pada refleksi cermin
baru sahaja bangkit dari tidur selepas berbuka puasa.

"Selalu,and it sucks"jawab refleksi,angkuh,sama seperti tuan empunya.

Tindak balas ego yang aku terima ialah perasaan kecewa.hampa.bukan terhadap manusia manusia disekeliling.tapi pada diri sendiri

Ternyata fikiran aku sentiasa occupied dengan sesuatu,membuatkan aku lagi pasrah dan sedih.

Esoknya,i choose to stop thinking of it.


Aku lihat awan biru dan hijaunya dedaun.Aku lupa,bertapa indahnya kehidupan yang sebenar.Di uji dan di duga.Namun aku ini,hanya orang kecil.

Encik Anam sedang rancak mengajar statik di hadapan,aku pula sibuk termenung di belakang.Kept in silence.I have no idea what was i doing.Perhaps,i was captivated by the science of silence.

"I should think more wisely,start using my brain,and stop living like a shit!!!"jawab aku pada diri sendiri yang masih penuh semangat dan ambisi

"Hey,i am happy now.and i'm free to exist"tambah aku lagi dengan senyuman kecil yang terkeluar dari bibir-ku.

Time will heal,time will reveal.aku hanya perlu untuk menunggu masa hilangkan rasa rasa terbuang dalam hati ini.

Tuesday, August 10, 2010

Malam semalam...

Bila mendengar suaranya,aku mula senyum berseorangan.hati aku tenang,feel calm.

Gelak tawa dan giggle-nya membuat hati aku gembira.entertain my heart when i feel very alone and emptyness.

Sudah lama tidak ber-bual dengan-nya sejak masing masing sibuk dengan pelajaran masing masing

i love her

i miss her,really

Oh,aku hampir hampir terlupa tentang sepit yang ingin diberikan olehnya

p/s:you forgot to wake me up this morning dear.twice

Friday, August 6, 2010

Meditasi tanpa Medikasi

Kesakitan perasaan ini, telah berubah kepada rasa kesedihan, dan kesedihan rasa ini, perlahan-lahan bertukar menjadi riak-riak kemarahan.

Dan,

Dalam riuh kemarahan ini, aku tahu, lambat laun pasti akan berganti dengan api kebencian; saat di mana senyuman menjadi terlalu pahit dan terlalu sukar, untuk aku laksanakan.

Senyum-
lah,
Masa-masa yang ada ini, aku hanya mahu tersenyum.

Saturday, July 31, 2010

Teka teki lagi

"Orang kata, sakit gigi adalah antara benda paling menyakitkan dalam hidup," kata dia, sambil mengunyah burger yang baru dibeli tadi.

"Tapi, sakit beranak still nombor satu lah."

Aku angguk setuju. Tapi itu apa yang orang kata lah, kan?

Kemudian dia tanya, "Kalau beranak benda paling menyakitkan, dan sakit gigi tu ke-dua, cuba teka apa benda ke-tiga paling menyakitkan?"

Aku cuba meneka jawapannya.

"Semua salah," dia kata, "Jawapannya: sakit hati."

Ha-ha, nice one.

damn!!!

Sambil membuat gaya lelaki berbadan tough di depan dia, aku kata, "Macam Taylor Lautner tak?"

"Tak," dia jawab.

"Macam Taylor Swift."

Thursday, July 22, 2010

bed time story aku sentiasa berakhir dengan sedih

Mereka sedang sibuk bertanya tentang teman istimewa masing masing.kalau kau tanya aku,aku pun ada seorang yang kini berada di ipta sarawak.Aku hanya memasang telinga dengan apa yang mereka bualkan.cinta,sayang,rindu dan sebagainya.Bila tiba giliran aku untuk bersuara,aku hanya diam membisu.

Setelah pulang ke bilik,hanya tunggu masa untuk melelapkan mata dan pada waktu itu juga aku ber-monolog dalaman untuk menjawab segala persoalan ketika bersama teman teman tadi


"Tahu tak gila babi punya aku rindu dia? kau faham tak bila kau suka gila dekat orang tu, kau asyik nak duduk dekat dia? Bukan nak berborak sangat pun, cuma kau rasa tenang bila duduk dengan dia.seronok kan?"

"Kau faham tak bila kau suka tengok muka orang tu, kau tak payah cakap dengan dia pun tak apa. Tengok muka je dah cukup. maksud aku tengok depan depan lah. Kalau dia tengah tidur, kau tengok je muka dia. Sampai pagi. Tak apa. Aku suka. Sebab aku suka dia. Suka sangat kau orang tak boleh bayang sangat macam mana."


Tapi kalau rindulah. Kalau tak, memang tak rasa apa apa pun dan selalunya memang sebelah pihak je. Sigh

Thursday, July 15, 2010

Hari itu akan tiba cuma berikan aku satu zon masa untuk supasonik perasaan ini keluar dan menutup zon yang lain.

aku tidak bisa untuk bermain kata-kata.
tentang janji dan impian.
namun;
aku bisa untuk usaha dapatkannya.
untuk kamu.

Monday, July 12, 2010

tercungap cungap mencari nafas

Di meja makan, kawan-kawan aku yang lain rancak berborak. Aku duduk diam, clasping hand. Fikiran melayang entah ke mana.

Satu minggu yang panjang bagi aku. Banyak perkara berlaku, belum termasuk konflik dalaman lagi. Macam aku kata, perubahan akan berlaku.

Lalu kawan di sebelah pandang aku dan tersenyum.

Curious, aku tanya, "Err kau senyum sebab apa?"

"Aku perhatikan body language kau dari tadi," dia jawab sambil hirup air di depannya. "Dari apa yang aku baca, bila orang genggam tangan macam tu, dia ada masalah. Lagi tinggi paras tangan, lagi besar masalah."

"Ye ke?" aku balas dengan soalan sambil melepaskan genggaman tangan tadi.

"Aku rasa masalah terbesar aku sekarang ialah universiti. Tu je kot?" aku kata, in denial.

Dia angguk, masih tersenyum.

"Sebenarnya, masalah terbesar aku ialah aku tak tahu apa sebenarnya masalah aku sekarang." aku tambah,

dalam hati.

Saturday, July 10, 2010

hilang malu tak apa,jangan hilang kemaluan

Kalau tengok orang, aku akan tengok dua;

Luaran, iaitu cara berpakaian, ekspresi muka, rupa,
body language, cara bercakap dan berkomunikasi, serta apa-apa yang boleh dilihat dengan mata kasar lah.

Dalaman. Yang ni subjektif sikit sebab aspek dia besar tapi lebih tertumpu kepada sikap dan sifat. Contoh macam penyabar, pemarah, pemalu, pemurah, perasan, penakut, pe__(tambah sendiri).

Luaran ni paling senang nak tengok dan dari situ datang
first impression. Biasanya bila first impression tu bagus, baru orang akan berminat nak tau pasal dalaman. Jarang orang akan tengok dalaman dulu baru tengok luaran.

Dan bagi aku, kuasa dalaman itu lebih kuat dari kuasa luaran, dari segi keperluan lah. Walaupun hakikatnya kita lebih suka lihat yang luaran sahaja. Tapi, kedua-duanya ada kekuatan masing-masing.

Aku terfikir pasal benda ni masa tengah buang air. Er, buang air bertakung lah, nak buang jentik-jentik. Ok sambung.

Dari sini kita boleh buat 4 kemungkinan yang ada pada seseorang.

1) Luaran OK, dalaman OK
2) Luaran OK, dalaman tak OK
3)Luaran tak OK, dalaman OK
4)Luaran tak OK, dalaman tak OK

Jadi, sila buat pilihan kamu nak jadi yang mana satu.

Friday, July 2, 2010

Berjuta-juta senyuman

Dari pagi hingga malam, SHE menggenggam degup jantung-ku, merentap sesak nafas-ku, dan menakluk inci fikir-ku. Macam hantu, SHE, meremang-kan aku, bilamana hampir setiap buat-laku-ku, di-cemari dengan kehadiran susuk-nya; senyum-nya, tawa-nya, tutur fasih-nya, lirik manja mata-nya, sentuhan lembut jemari-nya -- dia seakan-akan subur dalam salur-salur darah-ku.

Untuk setiap udara yang aku hirup, ada rasa-rasa yang hidup dan bergetar di hujung-hujung hempedu -- rasa-rasa aneh yang tak mahu hilang, yang tak mahu pergi, yang tak mahu hapus -- sedang ber-tempur hebat dan memamah hela kewarasan-ku.

She harus ada.kalau boleh,aku tidak mahu membuka genggaman erat tanganku dengan SHE.

ini aku.
biarlah aku menjadi diri aku sendiri untuk kamu.
dan,
kamu;
pandanglah aku.
tembus ke dalam dasar untuk mengenali diri aku yang seadanya.
aku tidak mahu menjadi orang lain.
tetapi.
aku bisa menjadi orang yang kamu mahu.

Thursday, July 1, 2010

Kalau kau perempuan,buat cara perempuan-lah

aku cakap baik baik dengan kau,kau cakap macam seorang yang sangat low pengetahuan.otak cetek.

Tolong-lah,aku ada perasaan juga.kalau nak borak,buatlah cara nak borak.kalau nak tanya khabar,buatlah cara nak tanya khabar.

ini tak..

cakap aku asyik bertukar perempuan.aku ini gay

sedap sedap sahaja kau bagi tomahan yang boleh menusuk hati aku ini.kalau kau lelaki,dah lama aku pukul kau sampai lembam

untuk pengetahuan kau,sejak habis sekolah lagi aku tak pernah ada perempuan.dan bila aku tiada teman,kau cakap aku gay?

Tolong-lah jangan buat aku mencarut.


Wednesday, June 30, 2010

yang penting hati

Bagi aku, hati ni macam satu rumah yang sangat besar.

Dalam rumah tu, ada banyak bilik dan ruang, cukup untuk menampung apa sahaja dalam dunia.

Tapi bilik-bilik ni berlainan saiz, dari kecil sampai besar. Dan kau isi setiap bilik ini dengan apa yang kau sayangi; keluarga, kawan, dan perkara lain yang kau sayang dan suka.

Dan mereka, tidak semua kau tempatkan di bilik yang sama. Ia terserah kepada kau untuk tempatkan siapa untuk berada di bilik mana.

Kemudian, kau kunci pintu-pintu bilik ini, dari dalam. Supaya mereka tahu yang kau hargai mereka.

Lalu mereka isi dan jaga bilik-bilik itu dengan hiasan dan wangian. Cukup untuk membuatkan kau tersenyum
.Cukup untuk kau rasa bermotivasi. Cukup untuk kau rasa content.

Tetapi ada masa, ada antara mereka yang membuka pintu, mahu keluar. Ada yang yang kembali, ada yang pergi selamanya. Bergantung kepada ketetapan oleh tuhan.

Dan kitaran ini akan terus berlaku hingga akhir hayat kau.

Cuma yang membezakan rumah kau dan rumah aku adalah;

Sejauh mana kau cuba kukuhkan strukturnya.

Tuesday, June 29, 2010

Kalau nak hilang ngantuk,inilah gaya-nya

Bila memandu seorang diri, biasanya macam-macam akan aku fikirkan, termasuklah perkara yang mengarut, contohnya entri ini. Aku mahu buat sedikit kira-kira tentang masa di jalanraya.

Katakan dalam sehari, aku akan lalu 8
traffic light secara purata.

Dan katakan, setiap perhentian mengambil masa 1 minit secara purata.

Bila didarabkan dengan hari dalam setahun;

8 minit x 365 hari = 2920 minit setahun.

bersamaan dengan 48 jam.

Pergh, Setiap tahun, dua hari dalam hidup aku dihabiskan di
traffic light.

Disebabkan aku ada masa terluang,aku buat-lah

1)APA NAMA BLOG ANDA & KENAPA LETAK NAMA TU?

Pandangan orang malas.sebab apa?aku suka buat kerja tergendala.berat bontot untuk bergerak.kalau boleh aku nak buat semua perkara atas katil.makan atas katil,online atas katil.belajar atas katil.


2)APA NAMA URL BLOG ANDA & DARI MANA DATANGNYA NAMA TU?

ilustrasi-mimpi.blogspot.com. aku tiada alasan yang kukuh-lah.aku letak pun sebab aku sentiasa macam tuh.kene deja voodoo spells.lagi satu,itu lagu yang aku suka.dinyanyikan oleh band roti tak silap aku.

3)APA METHOD DALAM PENULISAN ANDA?

method?universal.maaf-lah,aku tak pandai nak buat pengelolahan ayat.

4)PERNAH TERASA NAK HAPUSKAN BLOG? SEBAB MUSABABNYA.

Dah banyak kali.kalau aku nak hapuskan blog,sama je dengan bukak blog baru.betul tak?

5)PERNAH AHLI KELUARGA BACA BLOG ANDA?

ahli keluarga?dulu adalah.sekarang tak,sebab semua orang sibuk dengan hal masing masing.lagipun,siapa nak dengar aku mencarutkan?pfft

6)APA PERASAAN ANDA BILA ORANG KATA BLOG ANDA BURUK SEDANGKAN ADA YANG KATA CANTIK?

apa tuh?neh saja nak buat orang pening kepala ke apa?buruk buruk-lah.yang kata cantik tuh terima kasih lah.sebab dorang menilai tulisan,buat wallpaper.apa kejadah

7)BILA BLOG ANDA DIBERANAKKAN?

beranak?macam mana tuh?buat baru ke apa?aku just renew blog sahaja.tukar url

8)SIAPA ORANG PERTAMA YANG TAHU ANDA ADA BLOG?

encikcerahsebelah

9)APA PERASAAN ANDA BILA ORANG MENGATAKAN TENTANG BLOG ANDA DI SEKOLAH?

mengata?aku tak kisah pun,asalkan jangan ganggu hidup aku sudah.

10)SEPULUH ORANG SETERUSNYA YANG NAK DI TAGGED

kalau kau nak ditagged,kau tergolong dalam sepuluh orang yang seterusnya.

Monday, June 28, 2010

Lagu pilihan hari ini

All my life i've waited,it is you




emo buat blood pressure aku rendah

Bila aku baca balik post lepas, aku rasa macam, 'emo gila mamat ni'. Jadi aku delete. Terima kasih bagi yang tinggalkan komen.

Aku akan update bila aku rasa mahu update.

Dah, aku nak sambung buat kerja tergendala. (sambil dengar lagu Metallica-Master of puppets)

Sunday, June 27, 2010

jangan bimbang mok,dimanaku berada,dengan siapa ku bersama,aku tetap kau yang punya



cinta aku macam penagih & dadah,macam perokok & rokok

Saturday, June 26, 2010

Kehadapan kepada semua pemandu yang penting diri dan tidak bertanggungjawab

Kamu membuatkan perjalanan aku tidak sunyi dan bosan.

Sebab ade je perkataan yang tak sepatutnya keluar dari mulut aku.

Terima Kasih :)

Friday, June 25, 2010

deeper conversation bersama budak kepeng

budak kepeng .: Lelaki Alfa

budak kepeng .:aku nk cakap

budak kepeng .: kau diam

budak kepeng .: ok ?

Lelaki Alfa: ok

budak kepeng .: kau ego

budak kepeng .: actually kau still sayang die

budak kepeng .: tapi kau xnk ckp

budak kepeng .: kau tau die pon syg kat kau lagi

budak kepeng .: tapi kau ngn ego kau

budak kepeng .: kau still nak elak bnde2 neh

budak kepeng .: weh Lelaki Alfa

budak kepeng .: aku kenal kau

budak kepeng .: mayB tak semua

budak kepeng .: tapi dis part i know

budak kepeng .: kitorng tak kisah kalau kau ngn die

budak kepeng .: kitorng kawan kau support kau

budak kepeng .: actually kau need sum1 to share ape2 pon ngn kau

budak kepeng .: kau perlu kan die

budak kepeng .: emal

budak kepeng .: kau kene bincang hal nie ngn die

budak kepeng .: BAIK-BAIK

budak kepeng .: jgn kau dngr ckp sape2

budak kepeng .: kau straight tros bncang ngn die

budak kepeng .: kalau tak

budak kepeng .: kau akn sakit kan ati die dan kau sndiri

budak kepeng .: korng due due salah sangka

budak kepeng .: kau jgn ego sangt mal

budak kepeng .: serius

budak kepeng .: try

budak kepeng .: ok?

sesi luahkan bersama Lelaki Alfa

Kita semua buat silap, kita semua tak ada-lah baik sangat, kadang-kadang kite hipokrit, kadang-kadang,kite menipu bile terdesak, kadang kita cakap sahaja lebih. Itu-lah kita, manusia. Kita selalu tuding jari ke arah orang lain tapi kita tak sedar 3 lagi jari tuding kat diri sendiri.

Kadang-kadang aku kutuk orang buat salah, aku selalu kata perangai dia orang buruk. Tapi baik sangat ke aku? aku kutuk pun dah kira salah sebab mengumpat. Kadang-kadang, aku dengar orang laki cakap nak cari perempuan yang solehah, tapi cukup cukup baik ke kau?
same goes to perempuan.

Kite selalu pandang keburukan orang lain dan memperkatakanya, tapi kite jarang cakap pasal keburukan diri, kite cuba untuk sorokkan keburukan kite dengan bercerita pasal keburukan orang lain. Kadang-kadang kite ingat kite betul, tapi hakikatnye kite salah.

Honestly, aku tak refer kepada sesiapa. Aku tak tahu ape motif entry ni. Aku cume muntahkan isi di kepala aku dan apa yang aku terfikir dalam bentuk ayat-ayat sebab tu entry ni mcm kelam kabut isinya. Mungkin aku nak cakap, sebelum kite cari kesalahan orang lain, cari kesalahan diri kita dulu. Sebelum kite betulkan orang, make sure kite betulkan diri kita dlu atau at least, sama2 betulkan diri. Saling menasihati dan tidak terus menghukum. At the end of the day, kita semua manusia biase yang melakukan kesilapan. Ok dah, aku nak bersihkan hati yang penuh titik hitam ni.

kawan aku cakap

honesty it the best policy

Budak hidung tinggi:terus terang.senangkan?

apa tuh?

tak pernah sesekali pun aku buat janji kalau aku tak dapat tunaikan.

tak tahu-lah sama ada dia ingat atau tak

itu terpulang-lah kan?

Wednesday, June 23, 2010

Thanks for the memories














Take a good care of 'kecik' okay ? :)

Tuesday, June 22, 2010

Good things comes together,bad things....















comes from me

Monday, June 21, 2010

Ada apa dengan Lelaki Alfa

Secara jujur, aku tak berapa suka tulis pasal diri aku. Kalau kamu follow blog ni dari zaman kegelapan blog ni, aku lebih suka bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling aku dari apa yang aku sendiri lalui setiap hari.

Ok, aku mengarut je.

Ada masa aku terasa seperti mahu tutup blog ni, sebab aku tak mahu blog jadi satu yang penting dalam kehidupan, sampai tahap aku addicted dan jadi seperti dadah, yang kau mahu lagi dan lagi. Tapi, jauh dalam fikiran aku, kalau aku tutup pun, aku nak bukak blog baru. Ceh, sama je kan?

Sambung balik cerita tadi. Bila aku post sesuatu, aku harap ada orang dapat kaitkan dengan kehidupan mereka. Aku harap ada orang boleh tersenyum atau turut merasa perasaan aku bila membaca. Aku harap, there's something for everyone. Dan aku suka membaca komen-komen,sebab ia membuatkan aku rasa didengari dan dihargai. Aku rasa mesej aku sampai. Dan mungkin sebab in a way, ia membantu aku memahami diri dan menambahkan kefahaman aku terhadap sesuatu.

Buat apa nak tulis kalau tak ada orang nak baca? Kalau macam tu, baik tulis atas kertas dan simpan bawah bantal je.

Satu perkara aku suka tentang blogging adalah, ia therapeutic. Ia boleh jadi salah satu cara nak lepaskan sesuatu yang tersimpan dalam kepala, dalam jiwa. Ada perkara lebih baik dikongsikan dari dibiarkan ia berkarat dalam kepala.

Visitors yang masuk dalam blog ni tak lah banyak mana pun, tapi berbeza dari masa aku mula-mula memblog dulu. Aku nak cakap terima kasih kepada kamu, yang luangkan masa membaca tulisan mengarut aku, dan hantar komen.

Yeah, terima kasih.

Ok, post ni special sikit, chey. Aku nak tau pendapat korang tentang blog ni, tak kesah positif atau negatif, terserah. Silent readers juga tidak terkecuali. Kamu juga boleh mengarut, buat permintaan atau apa-apa lah. Jangan emosi sudah. boleh?

Ok, silakan.

Sunday, June 20, 2010

orang baik takkan cakap 'hey,aku baik'

Bila aku pegi sembahyang bejemaah, dia cakap, "eh,baru first time nampak ko datang sini, biasenye takde pun"

Bila aku cakap aku suka lagu Raihan, dia cakap "ingatkan ko tak suka lagu-lagu nasyid ni"

Bila aku tengah dengar lagu Cradle Of Filth, dia cakap "Aku lagi suka dengar orang mengaji"

Lepas dia cakap ayat last tu, aku terus jawab , "Aku layan semua, lagu metal pun layan, mengaji pun layan."


Dia terus diam

10 tahun lagi,benda ini akan pupus

1) Kejar-kejar
2) Galah panjang
3) Nyorok-nyorok
4) Polis Sentri
5) Bola chop
6) Pukul berapa datuk harimau?
7) Konda-kondi
8) Batu Seremban
9) Selipar tiga
10) Tutup botol

Sebenarnya ada lagi, tapi aku pilih top 10 lah.

Kalau kau lahir sebelum tahun 1990 dan tak kenal permainan-permainan ini, memang nak kena sebat dengan tali bass.

Aku membesar dengan permainan-permainan ini. Bagi aku, permainan-permainan ini mempunyai 'sentimental value' tersendiri.

Tetapi zaman sekarang dah banyak berubah. Aku rasa budak-budak zaman sekarang tak berpeluang untuk kenal permainan-permainan ni. Kehidupan zaman sekarang sangat berbeza dengan dulu. Pelbagai teknologi tercipta contohnya computer, videogames, telefon bimbit, internet, siaran Tv berkabel dan sebagainya. Jadi budak-budak sekarang lebih banyak menghabiskan masa dengan teknologi-teknologi ni.

Semakin lama, permainan tradisional ini semakin dilupakan. Oh aku mahu guna terma old skooluntuk gantikan tradisional, baru nampak rock sikit.

Aku rasa sedikit terkilan sebab permainan-permainan old skool ini boleh dikatakan sebagai'treasure' dalam budaya masyarakat Malaysia.

Aku rasa la kan, kalau ditanya budak-budak sekarang, permaianan apa yang best?

mungkin dorang akan jawab "shuffling" kot?

Saturday, June 19, 2010

'She deserved it' he said.

Sedar tak sedar, sudah setengah 2010 tinggal-kan aku. Tinggal 2 tahun lagi sebelum bumi mengalami kehancuran total dan armageddon, heh. Resolusi haprak -- ber-henti rokok, ber-henti alkohol, ber-henti tak sembahyang, ber-henti itu ini, ber-henti ber-destruktif diri, etc, etc -- konon-nya mahu jadi seorang jantan konvensional, sihat, dan taat pada agama -- hanya tinggal ikrar kosong (lagi). Gara-gara temptation dari rumpunan psikotik yang mengelilingi barang-kali; heh, mudah sahaja menyalah-kan orang lain, bukan?

Kau gagal, dan tak mahu serik: tanya pada Berhala Refleksi, jika mahu men-terjemah-kan jiwa yang di-kendong jasad lebih suku abad ini.

Semua macam di-sibuk-kan dengan perkara-perkara mahu mengubah dunia, semua juga macam di-paksa untuk rela jadi terasing dalam sejuta kesibukan mengejar material -- yang malang-nya jika di-fikir-kan dalam-dalam, tak membawa sebarang makna yang benar-benar bermakna. Ada yang mengalami transisi besar, ada yang mahu syahid tegak-kan ideologi, ada yang bersungguh padam-kan api kontroversi, ada yang ber-illusi jadi pejuang demokrasi, tapi akhir konklusi-nya, jadi macam biasa juga, ter-kambus statik dalam perang psikologi ciptaan sendiri.

People don't change - doktrin Dr. Gregory House, jantan misantropik dan narsistik, yang lahir dari siri televisyen kabel yang kini dimiliki oleh orang perseorangan.

Barangkali, yang berubah, hanya-lah kostum yang membalut tubuh.

Hanya kerana sesuatu kelihatan berbeza, tak ber-makna ia telah berubah, bukan? Dan konsep perubahan untuk attitude dan diri manusia ada-lah kurang tepat dan janggal bagi aku. Dan oh, maaf, aku tak mahu ulas tentang perkara-perkara seperti ini lagi -- otak aku ter-lalu lesu untuk ber-fikir dan menulis.

We did not change as we grew older; we just became more clearly ourselves - ini kata-kata Lynn Hall, aku tak kenal perempuan ini, yang tiba-tiba kata-kata dia muncul di skrin.

Tired of blaming game. Tarik tali, sorong papan, kambus lubang, cuci tahi.

Aku belajar satu perkara. Dalam hidup, kau tak perlu terlalu idealis.
Daripada hidup menentang dan menambah koleksi trofi kebencian serta membuat persekitaran bertambah sulit, kau seharus menjadi realis, dan oportunis. Everybody lies, right? And fuck moral.

Ini dunia yang ber-ekonomi-kan kapitalis dan laissez-faire. Penghujung hari, money speaks louder than words. Dan dalam dunia aku, it's not the lowest will win, it's the loudest. Tak guna ber-kokok berapi, jika salam kosong tak ada isi.

Hey, what car d'you drive, dude?

Aku lelah dengan segala caturan yang perlu aku hadap. Jiwa menggelegak menangisi protokol songsang. Bidik-bidik askar aku mahu tarik selimut, dan terus tidur, menghitung hari menanti tiba-nya waktu mati.

Ukuran badan itu sensitif




Kawan lama 1,

"Wey badan ko nampak dah naik doh"

Aku pandang dia, aku senyum je.

kawan lama 2,

"Wey lame tak jumpe, badan ko pun dah makin berisi"

Aku senyum je.

kawan lama 3,

"Weh, lama tak jumpe ko, badan ko makin
tough doh"

"ha, ko nak makan ape? aku belanje"

Lagu pilihan hari ini

Semalam kawan aku cakap,dia gembira bila baca blog aku.

Heh, terima kasih sebab buat seluar aku jadi makin sendat. (Haha)

Aku rasa sebab aku suka tulis benda-benda remeh, kelakar atau menggembirakan di sekeliling aku. Secara tak sengaja benda ni bagi positive vibes kepada orang yang membaca.

Law of attraction.

Memang aku suka tulis benda-benda macam tu. Life aku mungkin nampak happy dan complete. Cuma satu fakta yang aku tak boleh deny: aku pun macam korang jugak. Ada masa gembira, ada masa sedih. Ada masa dekat atas, ada masa dekat bawah. Aku hargai dua-dua perasaan ni.

But I try to keep it balanced.

Cuma aku pilih untuk rasa gembira dan ketpikan rasa sedih.

Sebab tu aku jarang cerita benda sedih dekat blog. Aku lagi suka simpan dan biarkan perasaan sedih tu terpeluap sendiri ke persekitaran.

Tapi ada masa aku tulis jugak. Sebab masa sedih lah idea untuk menulis mencurah-curah. Tiba-tiba je tulisan jadi deep semacam. Tak pasal-pasal. Ada masa, aku tulis panjang-panjang, kemudian aku delete balik.

Sebab aku rasa nonsense.

Kalau kita layankan sangat perasaan sedih tu, lama-lama dia akan makan hati kita, perlahan-lahan. Sel demi sel. Dan bila hati kita dimakan perlahan-lahan, makin berkuranglah kebolehannya untuk menyahtoksik benda yang tak elok untuk badan. (literally dan juga metafora)

Dan bila satu organ gagal berfungsi dengan baik, organ-organ lain pun akan mendapat kesan yang sama. Kalau tak percaya, pergi tanya Dr.House.

Anyway, tu intro je. Sesi motivasi ringkas untuk diri sendiri.

Berbalik kepada tujuan asal post. Hari ni aku nak share satu lagu fav oleh salah satu fav band aku, The Beatles.

Lately lagu ni asyik bermain dalam kepala.

Aku tujukan lagu ni kepada jiwa-jiwa yang telah, sedang atau akan bersedih. Benda-benda ni adalah sebahagian dari proses normal dalam hidup. Macam aku kata pada seorang kawan, "It's just a phase". Ia takkan kekal. Dan harapan untuk gembira sentiasa ada. Jangan putus asa.

The Beatles - Let it be.

Sms kadang-kadang annoying

"Get free tickets by sending a......."

"Download cool WALL-E contents and stand to win exclusive...."

"stand a chance to win a RM2008, click..."

"Free KFC Sms voucher just for U! to get the voucher, type YES and send to...."


Aku tekan butang reply,

aku type, "Jangan ganggu aku tido la, bodoh"

dan aku tekan
send.

Friday, June 18, 2010

macam mana nak jadi 'driver malaya'

Dalam entry ni, aku akan bagi guideline on how to be a Malaysian driver. Anggap Malaysian driver ni sebagai 'driver malaya', ok?

Antara ciri2 driver malaya :

Potong line semasa sedang berbaris.
Aku rase sejak skolah rendah lagi ciri ini telah diterapkan dalam minda pelajar. Ye la kan, 'sukan' memotong
line ni boleh dilakukan di mana-mana, mudah dan menjimatkan tenaga. Senang je kan?. Jadi jangan terkejut kalau ramai pemandu di Malaysia yang dgn slumbernya potong line di jalanraya.

Ikut lorong kecemasan.
Kalau jalan tengah sesak kat highway, segelintir pemandu akan amek jalan mudah dengan ikut lorong kecemasan. Orang lain cam tengah sabar dalam kesesakan, 'driver malaya' ni dengan tanpa segan silu dan tak malunya lalu lorong kecemasan. Kalau ade polis
block kat depan, baru la dorang terhegeh2 nak masuk lane yang betul balik. Sungguh tiada kemaluan, err maksud aku, tidak malu.

Buang sampah di atas jalan.
Driver malaya memegang prinsip 'jalanrayaku, syurgaku'. Jadi, tak kesah kalau nak buang sampah merata2 di atas jalan. Lagi pun, Malaysia tak
strict mcm Singapore, jadi rakyat menganggap ni sebagai suatu peluang keemasan. Biasenya dorang akan bagi alasan, 'takpe, kite dah bayar tol dah'.

Tak bagi laluan kat pemandu lain.
Oh ini perkara biasa. Kalau ade kereta yang ingin keluar dari kotak
parking dan ingin memasuki jalan, mesti driver malaya takkan bagi chance untuk masuk. Contoh lain, kalau kita ingin masuk ke jalan besar dari jalan kecil, atau ingin membelok di junction , driver malaya takkan bagi punya. Sebaliknya, jika ada kereta ingin masuk ke jalan atau membelok di junction, driver malaya akan menambahkan kelajuan. Jadi, kalau ingin menjadi driver malaya, jangan bagi laluan kepada sesiapa, tau.

Tak bagi signal sebelum membelok.
Ini salah satu ciri penting bagi driver malaya. Kalau nak belok, tak perlu bagi signal. Kalau nak tukar
lane, tak perlu bagi signal jugak. Ye la, sayang nak gerakkan jari, nanti beribu kalori terpaksa digunakan.

Ikut ambulance di belakang.
Bila ade
ambulance lalu di jalanraya, wajib bagi setiap pemandu untuk memberi laluan walau apa sahaja keadaan, sebab nyawa pesakit di dalam ambulance tu adalah priority. Jadi driver malaya mestilah prihatin, dan cara terbaik untuk membantu pesakit tadi adalah dengan menjadi escort untuk ambulance tadi. Di samping meng-escort, masa dan tenaga dapat dijimatkan. Oh ya, minyak pun save.

Tak angkat tangan tanda berterima kasih.
Driver malaya ni biasanya bongkak dan ego. Jadi, kalau ade kereta bagi laluan, tak perlu angkat tangan. Sebaliknya, buatlah muka 'huh, baru ko tau siapa boss skrg kat jalan ni'. Kalau driver malaya buat salah, dan di-hon
driver biasa , pekakkan saja telinga, dan teruskan pemanduan. Jangan pandang kereta yang hon tadi, keraskan badan dan pandang depan je. tu paling penting.


Jadi, apa tunggu lagi, jadilah driver malaya yang disegani dan berhati-hati di jalanraya.

Kawan aku kata ini boleh still dijadikan mengorat

Tank dah kosong, lalu aku singgah ke stesen minyak. Cashier yang menjaga counter pada masa itu adalah seorang perempuan, lepasan SPM, mungkin.

Aku keluarkan 2 keping not berwarna merah dan bertanya,

"Boleh guna kad bonus link kan?"(sebab first time guna)

"boleh boleh", dia menjawab sambil tersenyum manis.

"Okey!, nah", lalu aku hulurkan not bewarna merah tadi dan kad itu.

Tapi dia lansung tidak memberi respon. Senyuman tadi tiba-tiba tidak lagi kelihatan. Dahinya berkerut. Aku pun turut berkerut sebab tak faham.

Kemudian jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah tangan aku.

Oh, dammit.

Ini kad matrik.

Petang

Satu perkara perlu kita ingat bila nak sembahyang berjemaah: silent-kan handphone. Sebab kalau ia berbunyi, ia akan mengganggu jemaah yang lain yang bersembahyang.

Jadi semasa solat jumaat tadi, tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone dari handphone seseorang. Semakin lama, semakin kuat. Dan paling teruk, ringtone tu adalah sebuah lagu metalcore.

Tak boleh blah. Fokus aku kepada surah Al-Fatihah sudah beralih kepada lagu tadi. Dalam kepala aku, "Band apa ni eh?". Tiba-tiba nak main teka band dan lagu pulak masa sembahyang. Dengan kata mudah, memang dah tak boleh kusyuk.

Selepas memberi salam, tiba-tiba kawan sebelah aku tanya,

"Kau tau tak band ape tadi?"

Thursday, June 17, 2010

Kalau nak prank orang,plan-lah betul betul

*Telefon bimbit berbunyi

"Hello", aku jawab.

"Hello, saya dari balai polis Ampang, nak cakap dengan encik" dia cakap dengan suara serius.

"er pasal ape?"

"hahaha, ni aku la, Nashriq. weh Ayi ade kat situ?"

"ha? sape Ayi?. aku rasa kau dah salah orang"

"Oh ye ke? er takpe lah macamtu. bye"

Wednesday, June 16, 2010

Teka-Teki





Aku berdiri berhampiran tandas awam di klcc, tunggu kawan aku. Di sebelah kiri adalah pintu masuk ke tandas perempuan dan sebelah kanan pulak adalah tandas lelaki.

Jadi sementara tunggu dia keluar, ramai lah orang yang lalu lalang, keluar dan masuk. Macam-macam rupa dan gaya.

Tapi ada seorang ni menarik perhatian aku; seorang perempuan berhalkum.

Cuba teka dia masuk pintu kiri atau kanan?

Tuesday, June 15, 2010

Dalam setahun,macam macam boleh berubah

Aku ke sebuah kedai tailor, ingin tempah baju melayu. Kedai yang sama aku pergi tahun lepas, dengan tujuan yang sama.

Setelah memilih kain, tailor tu datang ke arah aku bersama measuring tape yang digantung di lehernya. Kemudian dia kata, "saya mau ukur pinggang awak, sama macam tahun lepas, atau dah naik."

Oleh kerana suara dia besar, semua yang ada dalam kedai tu memandang ke arah dia dan aku. Tak boleh blah.

Aku buat muka cool, padahal berdebar-debar.

Lepas dia ukur pinggang aku, dia kata. "Whoa saya ingat naik, tapi dah turun satu inci!"

Aku senyum, dan teruskan buat muka cool.

Satu pertiga malam

Aku keluar dari bilik yang sangat sejuk tu untuk dapatkan udara segar di luar.

Langit cantik malam tu. Bulan penuh dan banyak bintang. Aku berjalan ke satu tembok di suatu sudut untuk duduk. Berhampiran tembok tu, ada pokok-pokok dan bunga dijadikan perhiasan.

Sedang melepak sambil menekan butang handphone, aku dengar bunyi kucing mengiow. Aku toleh belakang, aku nampak seekor kucing berjalan ke arah pokok-pokok dan bunga tadi dan kemudian hilang dari pandangan sebab gelap.

Kucing tu masih mengiow, tapi makin lama, bunyinya jadi semakin pelik. Aku curious. Jadi aku bangun dan berjalan ke bunyi kucing tu.

Rupa-rupanya, ada lagi seekor kucing, dua-dua tengah warm up untuk buat projek.

Cis.

Sebab itu aku susah nak text orang

Pernah tak korang type sms panjang-panjang dengan gigih dan orang yang terima mesej tu reply pendek je. Maksud aku, sangat pendek.

Macam 'tak', 'haah', 'yes' atau mungkin lagi pendek, macam 'y?', 'k', 'x'.

Jadi hari tu aku sms kawan aku,

"Sori ah aku rasa aku tak dapat join, aku ade hal sikit nak kene settle, mungkin lain kali." Dan aku tekan send.

Kemudian dia reply. Tau dia hantar apa?

Dia tulis "O".

Ya, 'O' sahaja. Ini penemuan baru.

Teknologi buat manusia jadi malas, kan?.

Monday, June 14, 2010

Semalam

aku bermain futsal bersama budak kepeng.

Lelaki Alfa:Kau banyak sangat ambil nikotin,itu yang semput.pancit

Budak kepeng:ye la,nanti aku kurangkan lah

Ada bunyi yang aku kenal.Bunyi yang samar samar.Handphone aku sebenarnya.

*Hello ___,mok kat kampung.just to say dia rindu Lelaki Alfa.thats all

Aku punya lah gelak gelak sampai budak kepeng ingat aku gila.dah tak betul.dari gelak bertukar jadi malu.Aku pun dengan slumber bermesej dengan adik dia kejap.

p/s:take care mok,sepatutnya kamu yang call saya :D

Sunday, June 13, 2010

sebelum tidur,aku tersenyum kemudian air mata mengalir

di saat ini,
saya rindu sangat-sangat dekat dia,
saya rindu belajar satu tempat dengan dia,
saya rindu saya pergi kelas semata2 nak jmpa dia,
saya rindu curi2 tgk dia,
saya rindu tengok dia dari belakang,
saya rindu nk tengok dia buat kerja,
saya rindu nk dengar suara dia, tengok dia bercakap,
saya rindu mata bulatnya,gigglenya,
saya rindu rasa happy, hati sy rasa berbunga2 bila saya ternampak dia,
saya rindu saya dengan dia sahaja yang pakai baju yang colour sama,
saya rindu tengok dia dari jauh tanpa dia sedar,
saya rindu nak tengok dia makan depan saya,
saya rindu yg saya buat2 pandang ke lain bila dia perasan yang saya tengok dia,
saya rindu setiap satu yang berlaku antara saya dgn dia,
sebab saya tahu semua itu takkan terulang dah buat sekian kalinya =(

Double 'Cis' Burger

Aku benci teka teki.

Sebab biasanya tak ada orang akan dapat jawab kecuali sebab pernah dengar teka teki tu atau jawapan untuk soalan tu terlalu bodoh.

Jadi masa lepak di meja makan, kawan aku tanya,

"Dalam banyak-banyak burger, burger apa yang happy?"

Teka teki dah basi. "Burgembira," seorang kawan aku jawab.

"Yup. Ok sekarang, dalam banyak-banyak burger, burger apa yang sedih?"

Semua diam. Tak pernah pulak dengar soalan ni. Masing-masing buat-buat berfikir.

"Entah, give up!" lagi seorang menjawab. Biasalah, dah malas nak tunggu.

"Jawapannya, burger yang kau dah beli tiba-tiba terjatuh atas lantai."

Ya, aku benci teka teki.