Kalau tengok orang, aku akan tengok dua;
Luaran, iaitu cara berpakaian, ekspresi muka, rupa, body language, cara bercakap dan berkomunikasi, serta apa-apa yang boleh dilihat dengan mata kasar lah.
Dalaman. Yang ni subjektif sikit sebab aspek dia besar tapi lebih tertumpu kepada sikap dan sifat. Contoh macam penyabar, pemarah, pemalu, pemurah, perasan, penakut, pe__(tambah sendiri).
Luaran ni paling senang nak tengok dan dari situ datang first impression. Biasanya bila first impression tu bagus, baru orang akan berminat nak tau pasal dalaman. Jarang orang akan tengok dalaman dulu baru tengok luaran.
Dan bagi aku, kuasa dalaman itu lebih kuat dari kuasa luaran, dari segi keperluan lah. Walaupun hakikatnya kita lebih suka lihat yang luaran sahaja. Tapi, kedua-duanya ada kekuatan masing-masing.
Aku terfikir pasal benda ni masa tengah buang air. Er, buang air bertakung lah, nak buang jentik-jentik. Ok sambung.
Dari sini kita boleh buat 4 kemungkinan yang ada pada seseorang.
1) Luaran OK, dalaman OK
2) Luaran OK, dalaman tak OK
3)Luaran tak OK, dalaman OK
4)Luaran tak OK, dalaman tak OK
Jadi, sila buat pilihan kamu nak jadi yang mana satu.
No comments:
Post a Comment