Monday, June 21, 2010

Ada apa dengan Lelaki Alfa

Secara jujur, aku tak berapa suka tulis pasal diri aku. Kalau kamu follow blog ni dari zaman kegelapan blog ni, aku lebih suka bercerita tentang apa yang berlaku di sekeliling aku dari apa yang aku sendiri lalui setiap hari.

Ok, aku mengarut je.

Ada masa aku terasa seperti mahu tutup blog ni, sebab aku tak mahu blog jadi satu yang penting dalam kehidupan, sampai tahap aku addicted dan jadi seperti dadah, yang kau mahu lagi dan lagi. Tapi, jauh dalam fikiran aku, kalau aku tutup pun, aku nak bukak blog baru. Ceh, sama je kan?

Sambung balik cerita tadi. Bila aku post sesuatu, aku harap ada orang dapat kaitkan dengan kehidupan mereka. Aku harap ada orang boleh tersenyum atau turut merasa perasaan aku bila membaca. Aku harap, there's something for everyone. Dan aku suka membaca komen-komen,sebab ia membuatkan aku rasa didengari dan dihargai. Aku rasa mesej aku sampai. Dan mungkin sebab in a way, ia membantu aku memahami diri dan menambahkan kefahaman aku terhadap sesuatu.

Buat apa nak tulis kalau tak ada orang nak baca? Kalau macam tu, baik tulis atas kertas dan simpan bawah bantal je.

Satu perkara aku suka tentang blogging adalah, ia therapeutic. Ia boleh jadi salah satu cara nak lepaskan sesuatu yang tersimpan dalam kepala, dalam jiwa. Ada perkara lebih baik dikongsikan dari dibiarkan ia berkarat dalam kepala.

Visitors yang masuk dalam blog ni tak lah banyak mana pun, tapi berbeza dari masa aku mula-mula memblog dulu. Aku nak cakap terima kasih kepada kamu, yang luangkan masa membaca tulisan mengarut aku, dan hantar komen.

Yeah, terima kasih.

Ok, post ni special sikit, chey. Aku nak tau pendapat korang tentang blog ni, tak kesah positif atau negatif, terserah. Silent readers juga tidak terkecuali. Kamu juga boleh mengarut, buat permintaan atau apa-apa lah. Jangan emosi sudah. boleh?

Ok, silakan.

2 comments:

  1. permintaan aku yang pertama. letakkan banyak muka aku dalam blog ni. ahahaha yang kedua, kudos wei. sungguh puitis kau sekarang. dan yang ketiga, doakan aku jpj wei. ahahaha

    ReplyDelete
  2. pertama,akan dilaksanakan.kedua,apa tuh kudos?ketiga,ini gara gara perempuan,ketiga,semoga berjaya.dah dapat lulus bagitahu aku.gambatte ne

    ReplyDelete