Dalam entry ni, aku akan bagi guideline on how to be a Malaysian driver. Anggap Malaysian driver ni sebagai 'driver malaya', ok?
Antara ciri2 driver malaya :
Potong line semasa sedang berbaris.
Aku rase sejak skolah rendah lagi ciri ini telah diterapkan dalam minda pelajar. Ye la kan, 'sukan' memotong line ni boleh dilakukan di mana-mana, mudah dan menjimatkan tenaga. Senang je kan?. Jadi jangan terkejut kalau ramai pemandu di Malaysia yang dgn slumbernya potong line di jalanraya.
Ikut lorong kecemasan.
Kalau jalan tengah sesak kat highway, segelintir pemandu akan amek jalan mudah dengan ikut lorong kecemasan. Orang lain cam tengah sabar dalam kesesakan, 'driver malaya' ni dengan tanpa segan silu dan tak malunya lalu lorong kecemasan. Kalau ade polisblock kat depan, baru la dorang terhegeh2 nak masuk lane yang betul balik. Sungguh tiada kemaluan, err maksud aku, tidak malu.
Buang sampah di atas jalan.
Driver malaya memegang prinsip 'jalanrayaku, syurgaku'. Jadi, tak kesah kalau nak buang sampah merata2 di atas jalan. Lagi pun, Malaysia tak strict mcm Singapore, jadi rakyat menganggap ni sebagai suatu peluang keemasan. Biasenya dorang akan bagi alasan, 'takpe, kite dah bayar tol dah'.
Tak bagi laluan kat pemandu lain.
Oh ini perkara biasa. Kalau ade kereta yang ingin keluar dari kotakparking dan ingin memasuki jalan, mesti driver malaya takkan bagi chance untuk masuk. Contoh lain, kalau kita ingin masuk ke jalan besar dari jalan kecil, atau ingin membelok di junction , driver malaya takkan bagi punya. Sebaliknya, jika ada kereta ingin masuk ke jalan atau membelok di junction, driver malaya akan menambahkan kelajuan. Jadi, kalau ingin menjadi driver malaya, jangan bagi laluan kepada sesiapa, tau.
Tak bagi signal sebelum membelok.
Ini salah satu ciri penting bagi driver malaya. Kalau nak belok, tak perlu bagi signal. Kalau nak tukar lane, tak perlu bagi signal jugak. Ye la, sayang nak gerakkan jari, nanti beribu kalori terpaksa digunakan.
Ikut ambulance di belakang.
Bila ade ambulance lalu di jalanraya, wajib bagi setiap pemandu untuk memberi laluan walau apa sahaja keadaan, sebab nyawa pesakit di dalam ambulance tu adalah priority. Jadi driver malaya mestilah prihatin, dan cara terbaik untuk membantu pesakit tadi adalah dengan menjadi escort untuk ambulance tadi. Di samping meng-escort, masa dan tenaga dapat dijimatkan. Oh ya, minyak pun save.
Tak angkat tangan tanda berterima kasih.
Driver malaya ni biasanya bongkak dan ego. Jadi, kalau ade kereta bagi laluan, tak perlu angkat tangan. Sebaliknya, buatlah muka 'huh, baru ko tau siapa boss skrg kat jalan ni'. Kalau driver malaya buat salah, dan di-hon driver biasa , pekakkan saja telinga, dan teruskan pemanduan. Jangan pandang kereta yang hon tadi, keraskan badan dan pandang depan je. tu paling penting.
Jadi, apa tunggu lagi, jadilah driver malaya yang disegani dan berhati-hati di jalanraya.
yes! ak pn drver malaya la cmtu.
ReplyDeletebt not al da tyme.bes wei bwk gle2 nih.
kn emal?haha.t rjn wat la grup kt fb.ak join !haha