Aku ke sebuah kedai tailor, ingin tempah baju melayu. Kedai yang sama aku pergi tahun lepas, dengan tujuan yang sama.
Setelah memilih kain, tailor tu datang ke arah aku bersama measuring tape yang digantung di lehernya. Kemudian dia kata, "saya mau ukur pinggang awak, sama macam tahun lepas, atau dah naik."
Oleh kerana suara dia besar, semua yang ada dalam kedai tu memandang ke arah dia dan aku. Tak boleh blah.
Aku buat muka cool, padahal berdebar-debar.
Lepas dia ukur pinggang aku, dia kata. "Whoa saya ingat naik, tapi dah turun satu inci!"
Aku senyum, dan teruskan buat muka cool.
ahaha ala satu inci je beb. aku dah berapa banyak turun naik 2 kg. ahahaha tak tetap. ikut mood.
ReplyDelete