Apa yang kau temui,siapa yang kamu jumpai,apa yang kamu miliki,semuanya hanyalah satu babak dari skrip kehidupan yang telah ditentukan,yang pada hakikatnya tidak bermakna apa-apa.
Kosong,Nihil,Sifar.
Pada realitinya,kamu jalani hidup di dalam ruang kiub ini tanpa teman,tanpa lawan,tanpa kawalan,tanpa kepentingan,tanpa sesiapa.Yang ada hanya-lah,diri kamu sendiri yang berjuang menidakkan rasa keseorangan,dan keterasingan jiwa sepanjang masa,melalui,merentasi,menelusuri,dan menyimpan pelbagai misteri peribadi,sepanjang nyawa berlegar di badan.
Misteri peribadi yang kamu panggil,precious,dan bernilai itu,mungkin hanya membantu kamu menjadi lebih jaguh daripada orang lain,tatkala dalam perkumpulan atau bersosialan.
Rasa kagum,mesra,sempurna,bangga diri,bahagia,lebih baik,seronok,selesa,semuanya pupus apabila kamu pulang,dan kembali kepada atau bersama diri kamu.THE REAL YOU.
Ya,diri kamu.
Seperti aku katakan tadi,semuanya kosong.
Nyatanya,hati kecil kamu sentiasa dalam gejolak gelisah gundah.Kembali menjerit untuk difahami dan didengari.Terperangkap dalam jiwan yang meronta.Terjerut.Terbatas.Terkial.Rasa kehilangan.Kerisauan.Melankolik.Kekosongan.Rasa yang tidak mampu untuk ditranslasi-kan dengan tepat oleh kata-kata.
Kerana hidup ini,walau sehebat mana kamu mencuba untuk menjadi riang gembira,walau sejauh mana pun kamu berusaha mencari maknanya yang absolute,ia akan sentiasa kekal berpaling dan memandu kamu ke satu arah.
Sendiri,sepi dan miserable.
No comments:
Post a Comment