Bagi aku, hati ni macam satu rumah yang sangat besar.
Dalam rumah tu, ada banyak bilik dan ruang, cukup untuk menampung apa sahaja dalam dunia.
Tapi bilik-bilik ni berlainan saiz, dari kecil sampai besar. Dan kau isi setiap bilik ini dengan apa yang kau sayangi; keluarga, kawan, dan perkara lain yang kau sayang dan suka.
Dan mereka, tidak semua kau tempatkan di bilik yang sama. Ia terserah kepada kau untuk tempatkan siapa untuk berada di bilik mana.
Kemudian, kau kunci pintu-pintu bilik ini, dari dalam. Supaya mereka tahu yang kau hargai mereka.
Lalu mereka isi dan jaga bilik-bilik itu dengan hiasan dan wangian. Cukup untuk membuatkan kau tersenyum.Cukup untuk kau rasa bermotivasi. Cukup untuk kau rasa content.
Tetapi ada masa, ada antara mereka yang membuka pintu, mahu keluar. Ada yang yang kembali, ada yang pergi selamanya. Bergantung kepada ketetapan oleh tuhan.
Dan kitaran ini akan terus berlaku hingga akhir hayat kau.
Cuma yang membezakan rumah kau dan rumah aku adalah;
Sejauh mana kau cuba kukuhkan strukturnya.
No comments:
Post a Comment