Aku tak faham hidup sepenuhnya. Kerana secara teknikalnya aku bukan Tuhan.
Cuma pandangan aku pada umur sembilan belas ini ialah, setiap dari kita mencari bahagia.
Bahagia itu datang dalam banyak cara. Ia subjektif dari pandangan mata. Kerana ada sesetengah manusia itu sebenarnya bahagia bilamana pandangan mata manusia lain nampak sengsara.atau seperti bekas teman wanita aku cakap.bahagia tengok orang lain berpasangan.
Ada manusia sanggup membunuh seorang yang diakui seorang kawan, semata untuk bahagia. Kerana dia percaya bahagia kawan yang dibunuh tadi ialah lebih molek menjadi hak dia. Dan dia percaya kawannya tadi mampu meneruskan hidup walaupun sekejapan mati.
Aku pernah bahagia dengan wanita wanita dulu. Kerana dulu, masa aku menggila, berpasangan maksud aku, masa itu satu-satunya escapism aku dari dunia sengsara aku yang lagi satu.
Aku rasa study tak sengsara sangat. Well, sikit. Tapi pada aku yang paling sengsara ialah duduk rumah dan jadi orang tak guna. Bangun, makan, tidur, kikis duit Ibu sampai habis. Aku sengsara jadi lintah.
Aku tak kata jadi lintah tu tak bagus. Ada orang bahagia begitu, jadi apa salahnya. Kan?
Masa sengsara, ialah masa terbaik untuk menulis.sebab boleh luahkan isi hati dengan lancar.
No comments:
Post a Comment