"Aku suka tengok life kau, happy je."
Aku pandang dia. Senyum. Sengih.
"Hidup kena gembira, baru bermakna!" aku jawab dengan jawapan klise. Kurang jujur.
"Sepanjang aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau marah-marah, gembira je setiap hari," dia kata lagi.
Aku pandang dia lagi. Senyum lagi. Senyum lagi. Ya, aku seorang yang happy. Heh.
"Masalah tak selesai dengan bermasam muka!" aku jawab, meminjam kata-kata arwah Din Beramboi.
Kali ini, dia pula tersenyum. Aku diam sahaja. Dan muka aku masih lagi senyum. Sinikal.
"Dude," aku panggil dia, setelah agak lama senyap.
"Apa?" dia jawab.
“Kau pernah tahu nama penuh aku apa?” aku tanya.
Dia diam.
“Kau pernah tahu aku anak siapa?” aku tanya lagi.
Dia diam.
"Kau tahu kenapa aku happy?"
Diam.
Dalam hati aku, sebenarnya aku rasa aku tak pernah punya 'kawan'. Terlalu sedikit aku buka ruang untuk orang lain 'kenal' aku. Dan aku tak punya masalah untuk entertain orang-orang macam dia dengan lawak bodoh aku.
Hey, siapa yang mahu tunjukkan kelemahan diri sendiri dengan merintih, mengeluh, merungut kepada orang lain, bukan?
"Bagus!" aku kata sebelum sambung, "Nah, cheers!"
Dan, heh, dia kembali senyum bila aku senyum.
"Cheers!" dia sambut.
kau cheers macam minum minuman berat je. bukan nak ajak. Cheerios.
ReplyDeletehahaha.kau tahu lah aku ketagih apa kan. :)
ReplyDeletedan aku salahkan kau,sebab kau tak bagitahu kau dah tukar url.pfft
ketagih apa? kongkek? ahahahah oh salah aku lah kau tak bagitahu aku jugak kau tukar url. lagipun aku mana ada tukar url, aku delete blog lah.
ReplyDeleteketagih dengan sang coca-cola.hahaha.ok,my bad.really?asal-lah kau delete blog.aku kan pembaca setia kau. :D
ReplyDelete