melayu sekarang sudah berpengetahuan mengenai hak dan kemahuan. mengenai prinsip dan masa depan. mencanangkan pengetahuan itu melalui setiap lobang peluang beranika medium. dan medium yg seronok dan puas senyum puas hati penulis2 di malam hari adalah nukilan menerusi blog.
pelbagai tajuk dan gelaran blog di layarkan. yang bersemangat sudah pasti penuh semangat warna blog mereka. yang menghentam menghiasi sendat dengan karikatur pinjaman mereka. yang merasakan diri mereka rockers sudah pasti tidak ketinggalan lirik dan bait lagu dari kumpulan atau persona penyanyi rock menjadi rujukan pojokan mereka.
bagaimana bloggers yg meminati sasterawan dunia pula? sudah tentu blog mereka dihiasi dengan madah pujangga sasterawan itu.
hak kita kan? apa yg kita nak layarkan adalah bahtera falsafah milik kita. samada semangat sosialis atau non-conformist (walaupun tanpa mengetahui perkataan ini asalnya ditujukan utk kristian yg tidak mahu akur pada keseragaman gereja) atau anarki mahupun pro monarki itu hak kita kan? menceritakan apa nak masak malam ini di dalam blog kita pun itu adalah hak kita kan? siapa antara kita yang berhak mengatakan itu betul dan yg ini salah? siapa yg berakal dan siapa yg cuma bersemangat merencanakan naluri mereka? siapa yg dapat berjaya menjajah kotak minda sidang pembaca?
setiap entry yg ditulis semesti ada niat mereka. sama ada niat itu kita ketahui atau tidak itu cuma si penulis sahaja yg mampu senyum. bagi aku, ada rasa tanggungjawab sudah bermadai utk sesiapa sahaja mencoretkan nukilan mereka. ketahui apa yang kita canangkan adalah tanggungjawab itu. bertanggungjawab dgn apa yg kita perjuangkan adalah tiang pada akal kita. bahaya makan diri sering menunggu di pintu2 yg lepa. seluas layaran cyber itu sempadannya. semua itu milik kita untuk teroka dan jajah!
kekadang emosi yang menguasai, kadang-kadang akal yang bersuara tu dan kebanyakannya, nafsu yang ditulis tu...
tapi kita tetap baca. ada yang bukak minda, ada yang kita baca, kita rasa nak ludah je kat muka dia. dan ada yang kita gelak, sedih, suka, gedik dan macam2 perasaan bila baca.
tapi kita tetap baca. ada yang bukak minda, ada yang kita baca, kita rasa nak ludah je kat muka dia. dan ada yang kita gelak, sedih, suka, gedik dan macam2 perasaan bila baca.
No comments:
Post a Comment