Saturday, May 29, 2010

Semalaman di Ipoh




Kawan aku beritahu,

"Aku suka tengok life kau,
happy je."

Aku pandang dia. Senyum. Sengih.

"Hidup kena gembira, baru bermakna!" aku jawab dengan jawapan klise. Kurang jujur.

"Sepanjang aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau marah-marah, gembira je setiap hari," dia kata lagi.

Aku pandang dia lagi. Senyum lagi. Senyum lagi. Ya, aku seorang yang
happy. Heh.

"Masalah tak selesai dengan bermasam muka!" aku jawab, meminjam kata-kata arwah Din Beramboi.

Kali ini, dia pula tersenyum. Aku diam sahaja. Dan muka aku masih lagi senyum. Sinikal.

"
Dude," aku panggil dia, setelah agak lama senyap.

"Apa?" dia jawab.

“Kau pernah tahu nama penuh aku apa?” aku tanya.

Dia diam.

“Kau pernah tahu aku anak siapa?” aku tanya lagi.

Dia diam.

"Kau tahu kenapa aku
happy?"

Diam.

Dalam hati aku, sebenarnya aku rasa aku tak pernah punya 'kawan'. Terlalu sedikit aku buka ruang untuk orang lain 'kenal' aku. Dan aku tak punya masalah untuk
entertain orang-orang macam dia dengan lawak bodoh aku.

Hey, siapa yang mahu tunjukkan kelemahan diri sendiri dengan merintih, mengeluh, merungut kepada orang lain, bukan?

"Bagus!" aku kata sebelum sambung, "Nah,
cheers!"

Dan, heh, dia kembali senyum bila aku senyum.

"
Cheers!" dia sambut.

Thursday, May 27, 2010

Pendapat perempuan yang pernah bersama aku

Perempuan pertama-panggil aku lelaki yang tak pandai melayan wanita.Tolonglah,kau baru tingkatan 1,dan aku tingkatan dua.Masih kecil dan kebudak-budakan.Apa tahu pasal cinta?


Perempuan dua-dia cakap aku macam "tembok keling" sebab cerita aku selalu putar belit.Buat pening kepala.Serabut serabut.Tapi bukan sebab itu aku berpisah dengannya.

Perempuan tiga-panggil aku lelaki yang keras kepala.Apa?Keras Kepala?Tolonglah,kau tuh yang queen control.Aku buat ini salah,aku buat itu salah.Semua tak betul.Apa yang betul?Kau ingat aku robot nak ikut perintah kau?

Perempuan keempat-bilang aku stuck up,pentingkan diri,ego tinggi.Eh,tolong sikit!!Kau tuh yang mempermainkan perasaan aku.Tapi bukan salah kau.Salah aku untuk mencintai kau.

Perempuan kelima-..................

Oh,lupa.Mana ada yang kelima lagi.

Wednesday, May 26, 2010

understand and feel it.

Kadang-kadang ada benda dalam hidup yang kita tak akan faham, kau cuma boleh alami, rasai dan take lessons. Kau jangan cuba nak faham kenapa, apa dan apa? Sebab kau memang tak boleh faham. Kau jangan jadi gila.

Aku tahu kadang-kadang kau wonder, kenapa kau macam ni? Kenapa kau lari? Kenapa, kenapa dan kenapa? Jadilah macam perantau happiness.Teruskan cari apa yang betul.

Aku tahu kau tak suka apa yang kau rasa sekarang. Kau takut. Kau takut hilang apa yang kau sayang sangat sangat sekarang kan? Cuba jadi tabah. Macam mana nak kuat kalau benda kecik macam ini pun kau dah lari menyorok?

Jangan marah aku. Aku kat sini nak sokong kau. Kau tahu apa yang betul apa yang salah sekarang kau dah besar. Cuba jadi matang. Kau perlu masa? Ambil masa. Tapi jangan terlalu lama, nanti banyak benda yang buruk boleh jadi.

Sleepy-eyed sullen man

i just need you



....beside me









thats all




happy
& creating a smile





Happy Birthday Mok

Kalau lah aku boleh tidur 24 jam

pagi tadi aku buka mata,
pandang siling yang putih keorenan kesan pantulan cahaya ke langsir

kipas berpusing ligat.
alangkah bahagia jika ia perlahan
umpama angin sepoisepoi bermanja.

toleh ke kanan
En. Tedy tersenyum.
alangkah baik jika ia senyuman org disayangi
umpama pelukan erat yang ikhlas

sejuk, tarik selimut.
kembali berselubung

umpama dapat bersembunyi daripada dunia realiti.
tutup mata
& berimaginasi yg manis.
lari daripada atas bumi.
terbang.





umpama
jiwa2 yang berterbangan, :)

Kau ada rasa tanggungjawab tak?

Aku teringin bercanda mengenai bangsa aku. Jika kalian terasa bukan aku hero dalam topik ini aku akur. aku cuma melakarkan apa yang tercetus di dalam tempurung kepala aku ketika ini. tercetus apabila melayari blog2 yg menjerit dan merayu itu. blog yg menunding jari kaki serta mendabik dada lengkung akibat terlalu kerap beronani.

melayu sekarang sudah berpengetahuan mengenai hak dan kemahuan. mengenai prinsip dan masa depan. mencanangkan pengetahuan itu melalui setiap lobang peluang beranika medium. dan medium yg seronok dan puas senyum puas hati penulis2 di malam hari adalah nukilan menerusi blog.

pelbagai tajuk dan gelaran blog di layarkan. yang bersemangat sudah pasti penuh semangat warna blog mereka. yang menghentam menghiasi sendat dengan karikatur pinjaman mereka. yang merasakan diri mereka rockers sudah pasti tidak ketinggalan lirik dan bait lagu dari kumpulan atau persona penyanyi rock menjadi rujukan pojokan mereka.

bagaimana bloggers yg meminati sasterawan dunia pula? sudah tentu blog mereka dihiasi dengan madah pujangga sasterawan itu.

hak kita kan? apa yg kita nak layarkan adalah bahtera falsafah milik kita. samada semangat sosialis atau non-conformist (walaupun tanpa mengetahui perkataan ini asalnya ditujukan utk kristian yg tidak mahu akur pada keseragaman gereja) atau anarki mahupun pro monarki itu hak kita kan? menceritakan apa nak masak malam ini di dalam blog kita pun itu adalah hak kita kan? siapa antara kita yang berhak mengatakan itu betul dan yg ini salah? siapa yg berakal dan siapa yg cuma bersemangat merencanakan naluri mereka? siapa yg dapat berjaya menjajah kotak minda sidang pembaca?

setiap entry yg ditulis semesti ada niat mereka. sama ada niat itu kita ketahui atau tidak itu cuma si penulis sahaja yg mampu senyum. bagi aku, ada rasa tanggungjawab sudah bermadai utk sesiapa sahaja mencoretkan nukilan mereka. ketahui apa yang kita canangkan adalah tanggungjawab itu. bertanggungjawab dgn apa yg kita perjuangkan adalah tiang pada akal kita. bahaya makan diri sering menunggu di pintu2 yg lepa. seluas layaran cyber itu sempadannya. semua itu milik kita untuk teroka dan jajah!

kekadang emosi yang menguasai, kadang-kadang akal yang bersuara tu dan kebanyakannya, nafsu yang ditulis tu...

tapi kita tetap baca. ada yang bukak minda, ada yang kita baca, kita rasa nak ludah je kat muka dia. dan ada yang kita gelak, sedih, suka, gedik dan macam2 perasaan bila baca.

Friday, May 21, 2010

Things that you need to know

1.I dont want to take away your life

2.I dont want to take away your happiness

3.I dont want to take away your smiles

4.I'm always be with you

5.I'm still waiting the "sepit"

Thursday, May 20, 2010

Healing process

Aku manusia lemah,selalu terjatuh.Selalu kalah pada "perasaan".Dipandang rendah oleh "emosi".Setiap kali aku ingin berdiri,mesti ada "mereka" menjatuhkan aku semula.Setiap kali

*Datang-lah seorang lelaki rambut afro ke rumah.Seorang diri

Dia mula membicarakan tentang semua orang yang menanyakan tentang kehilangan-ku

Aku diam

Dia tanya lagi,dengan nada yang jelas

Aku diam membisu.mata merayau sana sini.

Hey,bukan kemampuan kita untuk mengubah sesuatu yang telah terjadi.bukan tugas kita untuk menghukum seseorang berdasarkan luaran.bukan hak kita semua itu.

Kalau sudah bersalah,jangan dikenang kesalahan itu.Cuba cari alternatif lain untuk memajukan diri.Jangan disangka dunia ini kejam.Cuma sikap hipokrasi masih menebal dalam diri.Tak salah kita hakis sikit-sikit ego itu.Tak sakit macam tindik pusat.

Memang ada kala bibir pandai menguntum senyuman paling manis,diri pandai mengubah perwatakan paling cemerlang,kotak suara boleh beralih-alih suara untuk jadi yang paling lembut tapi suara boleh berubah bila kau "perasaan" dan "emosi" datang

Aku jawab.

Aku tak minta semua ini untuk berlaku.

I didnt mean to break your heart

Kerana aku,jantan yang selindungkan diri dengan senyuman,jenaka dan derai ketawa.Pura-pura gagah mendepani masa,dan hilang kawal dengan ilustrasi kegagalan.Hey,aku masih ada emosi.

eight letters,three words,one meaning

Bukan mustahil untuk katakan,tapi bila aku ingin katakan,aku memang betul-betul maksudkannya.Aku ada alasan sendiri untuk buat begini.Tapi tidak sangka akan memburukkan lagi keadaan.Tidak ada niat langsung untuk melukai-mu.Jangan cederakan diri sendiri.Ianya seperti mencederakan aku juga

I am sorry

*air mata mengalir jatuh ke bumi

Selamat Hari Terjadi

Ok,sebenarnya blog ini adalah blog ke-2.Sebelum ini aku delete blog aku adalah atas kehendak aku sendiri.Kononnya,blog itu banyak kisah gelap ataupun berbaur hasad dengki.Ramai yang peduli.

Sebelum itu,aku ingin memperkenalkan diri aku.(kandungan dipadam sebab ianya amat mengantukkan,terima kasih)

Barisan pertama itu pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa aku ini penuh dengan misteri.

Saya ingin berblog sebab blog-lah yang faham perasaan aku.Selalunya.

Kalau homosapiens,ada-lah beberapa lelaki atau perempuan alfa seperti aku.

Ok,masa sudah tiba untuk aku hibernate.Selamat Malam dan Selamat Hari Terjadi