Sunday, October 17, 2010

Profaniti karut

Sudah lama sebenarnya aku tidak menulis panjang. Mungkin semenjak kebelakangan ini banyak aktiviti-aktiviti baru yang aku boleh buatsetiap hari. Apa-apa pun buat masa ini aku rasa lebih sihat, lebih segar, dan juga lebih bersemangat untuk membuat sesuatu perkara.

Akibatnya masa untuk menulis semakin menurun. Bukan masa sahaja, malah inspirasi dan idea juga semakin berkurangan. Mungkin sekarang aku lebih tenteram dan stabil, lebih mengambil masa untuk berfikir masak-masak tentang sesuatu perkara, dan juga lebih cenderung untuk menikmati sesuatu perkara itu dengan lebih mendalam.

Secara jujur, mungkin dahulu ada banyak perkara yang perlu ditulis,hendak ditulis akibat bahang yang membakar di dalam hati. Banyak gila perkara yang membuatkan aku puas hati, tetapi mungkin sekarang aku lebih senang menerima keadaan dan orang sekeliling. Dan oleh kerana aku memang jarang menulis perihal peribadi, banyak tulisan aku sebenarnya berkenaan dengan pendapat aku sendiri tentang pemerhatian yang aku lakukan.

Mungkin atas sebab ini ramai yang tidak puas hati sebab mereka rasa ada banyak lagi pemerhatian yang boleh aku tulis. Ya, memang, cuma aku tidak mahu. Bukan takut atau mula sensitif dengan pendapat orang lain tentang aku, cuma aku rasa tidak perlu.

Jadi aku terfikir, akibat kekurangan modal sekarang, hasil penulisan semakin merundum. Mungkin sudah tiba masanya aku menulis (secara abstrak) tentang kehidupan harian aku.

Apa aku makan.

Apa aku minum.

Siapa aku jumpa.

Siapa aku kongkek.

Sebab nampaknya memang ramai yang berminat tentang cara kehidupan aku yang kononnya bohemian dan sesat. Cuma aku teringatkan post-post aku dahulu, memang macam-macam masalah aku terima akibat dari post-post itu.

Jadi apa pendapat kamu? Patutkah aku?

No comments:

Post a Comment