Saturday, June 19, 2010

Ukuran badan itu sensitif




Kawan lama 1,

"Wey badan ko nampak dah naik doh"

Aku pandang dia, aku senyum je.

kawan lama 2,

"Wey lame tak jumpe, badan ko pun dah makin berisi"

Aku senyum je.

kawan lama 3,

"Weh, lama tak jumpe ko, badan ko makin
tough doh"

"ha, ko nak makan ape? aku belanje"

Lagu pilihan hari ini

Semalam kawan aku cakap,dia gembira bila baca blog aku.

Heh, terima kasih sebab buat seluar aku jadi makin sendat. (Haha)

Aku rasa sebab aku suka tulis benda-benda remeh, kelakar atau menggembirakan di sekeliling aku. Secara tak sengaja benda ni bagi positive vibes kepada orang yang membaca.

Law of attraction.

Memang aku suka tulis benda-benda macam tu. Life aku mungkin nampak happy dan complete. Cuma satu fakta yang aku tak boleh deny: aku pun macam korang jugak. Ada masa gembira, ada masa sedih. Ada masa dekat atas, ada masa dekat bawah. Aku hargai dua-dua perasaan ni.

But I try to keep it balanced.

Cuma aku pilih untuk rasa gembira dan ketpikan rasa sedih.

Sebab tu aku jarang cerita benda sedih dekat blog. Aku lagi suka simpan dan biarkan perasaan sedih tu terpeluap sendiri ke persekitaran.

Tapi ada masa aku tulis jugak. Sebab masa sedih lah idea untuk menulis mencurah-curah. Tiba-tiba je tulisan jadi deep semacam. Tak pasal-pasal. Ada masa, aku tulis panjang-panjang, kemudian aku delete balik.

Sebab aku rasa nonsense.

Kalau kita layankan sangat perasaan sedih tu, lama-lama dia akan makan hati kita, perlahan-lahan. Sel demi sel. Dan bila hati kita dimakan perlahan-lahan, makin berkuranglah kebolehannya untuk menyahtoksik benda yang tak elok untuk badan. (literally dan juga metafora)

Dan bila satu organ gagal berfungsi dengan baik, organ-organ lain pun akan mendapat kesan yang sama. Kalau tak percaya, pergi tanya Dr.House.

Anyway, tu intro je. Sesi motivasi ringkas untuk diri sendiri.

Berbalik kepada tujuan asal post. Hari ni aku nak share satu lagu fav oleh salah satu fav band aku, The Beatles.

Lately lagu ni asyik bermain dalam kepala.

Aku tujukan lagu ni kepada jiwa-jiwa yang telah, sedang atau akan bersedih. Benda-benda ni adalah sebahagian dari proses normal dalam hidup. Macam aku kata pada seorang kawan, "It's just a phase". Ia takkan kekal. Dan harapan untuk gembira sentiasa ada. Jangan putus asa.

The Beatles - Let it be.

Sms kadang-kadang annoying

"Get free tickets by sending a......."

"Download cool WALL-E contents and stand to win exclusive...."

"stand a chance to win a RM2008, click..."

"Free KFC Sms voucher just for U! to get the voucher, type YES and send to...."


Aku tekan butang reply,

aku type, "Jangan ganggu aku tido la, bodoh"

dan aku tekan
send.

Friday, June 18, 2010

macam mana nak jadi 'driver malaya'

Dalam entry ni, aku akan bagi guideline on how to be a Malaysian driver. Anggap Malaysian driver ni sebagai 'driver malaya', ok?

Antara ciri2 driver malaya :

Potong line semasa sedang berbaris.
Aku rase sejak skolah rendah lagi ciri ini telah diterapkan dalam minda pelajar. Ye la kan, 'sukan' memotong
line ni boleh dilakukan di mana-mana, mudah dan menjimatkan tenaga. Senang je kan?. Jadi jangan terkejut kalau ramai pemandu di Malaysia yang dgn slumbernya potong line di jalanraya.

Ikut lorong kecemasan.
Kalau jalan tengah sesak kat highway, segelintir pemandu akan amek jalan mudah dengan ikut lorong kecemasan. Orang lain cam tengah sabar dalam kesesakan, 'driver malaya' ni dengan tanpa segan silu dan tak malunya lalu lorong kecemasan. Kalau ade polis
block kat depan, baru la dorang terhegeh2 nak masuk lane yang betul balik. Sungguh tiada kemaluan, err maksud aku, tidak malu.

Buang sampah di atas jalan.
Driver malaya memegang prinsip 'jalanrayaku, syurgaku'. Jadi, tak kesah kalau nak buang sampah merata2 di atas jalan. Lagi pun, Malaysia tak
strict mcm Singapore, jadi rakyat menganggap ni sebagai suatu peluang keemasan. Biasenya dorang akan bagi alasan, 'takpe, kite dah bayar tol dah'.

Tak bagi laluan kat pemandu lain.
Oh ini perkara biasa. Kalau ade kereta yang ingin keluar dari kotak
parking dan ingin memasuki jalan, mesti driver malaya takkan bagi chance untuk masuk. Contoh lain, kalau kita ingin masuk ke jalan besar dari jalan kecil, atau ingin membelok di junction , driver malaya takkan bagi punya. Sebaliknya, jika ada kereta ingin masuk ke jalan atau membelok di junction, driver malaya akan menambahkan kelajuan. Jadi, kalau ingin menjadi driver malaya, jangan bagi laluan kepada sesiapa, tau.

Tak bagi signal sebelum membelok.
Ini salah satu ciri penting bagi driver malaya. Kalau nak belok, tak perlu bagi signal. Kalau nak tukar
lane, tak perlu bagi signal jugak. Ye la, sayang nak gerakkan jari, nanti beribu kalori terpaksa digunakan.

Ikut ambulance di belakang.
Bila ade
ambulance lalu di jalanraya, wajib bagi setiap pemandu untuk memberi laluan walau apa sahaja keadaan, sebab nyawa pesakit di dalam ambulance tu adalah priority. Jadi driver malaya mestilah prihatin, dan cara terbaik untuk membantu pesakit tadi adalah dengan menjadi escort untuk ambulance tadi. Di samping meng-escort, masa dan tenaga dapat dijimatkan. Oh ya, minyak pun save.

Tak angkat tangan tanda berterima kasih.
Driver malaya ni biasanya bongkak dan ego. Jadi, kalau ade kereta bagi laluan, tak perlu angkat tangan. Sebaliknya, buatlah muka 'huh, baru ko tau siapa boss skrg kat jalan ni'. Kalau driver malaya buat salah, dan di-hon
driver biasa , pekakkan saja telinga, dan teruskan pemanduan. Jangan pandang kereta yang hon tadi, keraskan badan dan pandang depan je. tu paling penting.


Jadi, apa tunggu lagi, jadilah driver malaya yang disegani dan berhati-hati di jalanraya.

Kawan aku kata ini boleh still dijadikan mengorat

Tank dah kosong, lalu aku singgah ke stesen minyak. Cashier yang menjaga counter pada masa itu adalah seorang perempuan, lepasan SPM, mungkin.

Aku keluarkan 2 keping not berwarna merah dan bertanya,

"Boleh guna kad bonus link kan?"(sebab first time guna)

"boleh boleh", dia menjawab sambil tersenyum manis.

"Okey!, nah", lalu aku hulurkan not bewarna merah tadi dan kad itu.

Tapi dia lansung tidak memberi respon. Senyuman tadi tiba-tiba tidak lagi kelihatan. Dahinya berkerut. Aku pun turut berkerut sebab tak faham.

Kemudian jari telunjuknya menunjuk tepat ke arah tangan aku.

Oh, dammit.

Ini kad matrik.

Petang

Satu perkara perlu kita ingat bila nak sembahyang berjemaah: silent-kan handphone. Sebab kalau ia berbunyi, ia akan mengganggu jemaah yang lain yang bersembahyang.

Jadi semasa solat jumaat tadi, tiba-tiba kedengaran bunyi ringtone dari handphone seseorang. Semakin lama, semakin kuat. Dan paling teruk, ringtone tu adalah sebuah lagu metalcore.

Tak boleh blah. Fokus aku kepada surah Al-Fatihah sudah beralih kepada lagu tadi. Dalam kepala aku, "Band apa ni eh?". Tiba-tiba nak main teka band dan lagu pulak masa sembahyang. Dengan kata mudah, memang dah tak boleh kusyuk.

Selepas memberi salam, tiba-tiba kawan sebelah aku tanya,

"Kau tau tak band ape tadi?"

Thursday, June 17, 2010

Kalau nak prank orang,plan-lah betul betul

*Telefon bimbit berbunyi

"Hello", aku jawab.

"Hello, saya dari balai polis Ampang, nak cakap dengan encik" dia cakap dengan suara serius.

"er pasal ape?"

"hahaha, ni aku la, Nashriq. weh Ayi ade kat situ?"

"ha? sape Ayi?. aku rasa kau dah salah orang"

"Oh ye ke? er takpe lah macamtu. bye"

Wednesday, June 16, 2010

Teka-Teki





Aku berdiri berhampiran tandas awam di klcc, tunggu kawan aku. Di sebelah kiri adalah pintu masuk ke tandas perempuan dan sebelah kanan pulak adalah tandas lelaki.

Jadi sementara tunggu dia keluar, ramai lah orang yang lalu lalang, keluar dan masuk. Macam-macam rupa dan gaya.

Tapi ada seorang ni menarik perhatian aku; seorang perempuan berhalkum.

Cuba teka dia masuk pintu kiri atau kanan?