Tuesday, June 15, 2010

Dalam setahun,macam macam boleh berubah

Aku ke sebuah kedai tailor, ingin tempah baju melayu. Kedai yang sama aku pergi tahun lepas, dengan tujuan yang sama.

Setelah memilih kain, tailor tu datang ke arah aku bersama measuring tape yang digantung di lehernya. Kemudian dia kata, "saya mau ukur pinggang awak, sama macam tahun lepas, atau dah naik."

Oleh kerana suara dia besar, semua yang ada dalam kedai tu memandang ke arah dia dan aku. Tak boleh blah.

Aku buat muka cool, padahal berdebar-debar.

Lepas dia ukur pinggang aku, dia kata. "Whoa saya ingat naik, tapi dah turun satu inci!"

Aku senyum, dan teruskan buat muka cool.

Satu pertiga malam

Aku keluar dari bilik yang sangat sejuk tu untuk dapatkan udara segar di luar.

Langit cantik malam tu. Bulan penuh dan banyak bintang. Aku berjalan ke satu tembok di suatu sudut untuk duduk. Berhampiran tembok tu, ada pokok-pokok dan bunga dijadikan perhiasan.

Sedang melepak sambil menekan butang handphone, aku dengar bunyi kucing mengiow. Aku toleh belakang, aku nampak seekor kucing berjalan ke arah pokok-pokok dan bunga tadi dan kemudian hilang dari pandangan sebab gelap.

Kucing tu masih mengiow, tapi makin lama, bunyinya jadi semakin pelik. Aku curious. Jadi aku bangun dan berjalan ke bunyi kucing tu.

Rupa-rupanya, ada lagi seekor kucing, dua-dua tengah warm up untuk buat projek.

Cis.

Sebab itu aku susah nak text orang

Pernah tak korang type sms panjang-panjang dengan gigih dan orang yang terima mesej tu reply pendek je. Maksud aku, sangat pendek.

Macam 'tak', 'haah', 'yes' atau mungkin lagi pendek, macam 'y?', 'k', 'x'.

Jadi hari tu aku sms kawan aku,

"Sori ah aku rasa aku tak dapat join, aku ade hal sikit nak kene settle, mungkin lain kali." Dan aku tekan send.

Kemudian dia reply. Tau dia hantar apa?

Dia tulis "O".

Ya, 'O' sahaja. Ini penemuan baru.

Teknologi buat manusia jadi malas, kan?.

Monday, June 14, 2010

Semalam

aku bermain futsal bersama budak kepeng.

Lelaki Alfa:Kau banyak sangat ambil nikotin,itu yang semput.pancit

Budak kepeng:ye la,nanti aku kurangkan lah

Ada bunyi yang aku kenal.Bunyi yang samar samar.Handphone aku sebenarnya.

*Hello ___,mok kat kampung.just to say dia rindu Lelaki Alfa.thats all

Aku punya lah gelak gelak sampai budak kepeng ingat aku gila.dah tak betul.dari gelak bertukar jadi malu.Aku pun dengan slumber bermesej dengan adik dia kejap.

p/s:take care mok,sepatutnya kamu yang call saya :D

Sunday, June 13, 2010

sebelum tidur,aku tersenyum kemudian air mata mengalir

di saat ini,
saya rindu sangat-sangat dekat dia,
saya rindu belajar satu tempat dengan dia,
saya rindu saya pergi kelas semata2 nak jmpa dia,
saya rindu curi2 tgk dia,
saya rindu tengok dia dari belakang,
saya rindu nk tengok dia buat kerja,
saya rindu nk dengar suara dia, tengok dia bercakap,
saya rindu mata bulatnya,gigglenya,
saya rindu rasa happy, hati sy rasa berbunga2 bila saya ternampak dia,
saya rindu saya dengan dia sahaja yang pakai baju yang colour sama,
saya rindu tengok dia dari jauh tanpa dia sedar,
saya rindu nak tengok dia makan depan saya,
saya rindu yg saya buat2 pandang ke lain bila dia perasan yang saya tengok dia,
saya rindu setiap satu yang berlaku antara saya dgn dia,
sebab saya tahu semua itu takkan terulang dah buat sekian kalinya =(

Double 'Cis' Burger

Aku benci teka teki.

Sebab biasanya tak ada orang akan dapat jawab kecuali sebab pernah dengar teka teki tu atau jawapan untuk soalan tu terlalu bodoh.

Jadi masa lepak di meja makan, kawan aku tanya,

"Dalam banyak-banyak burger, burger apa yang happy?"

Teka teki dah basi. "Burgembira," seorang kawan aku jawab.

"Yup. Ok sekarang, dalam banyak-banyak burger, burger apa yang sedih?"

Semua diam. Tak pernah pulak dengar soalan ni. Masing-masing buat-buat berfikir.

"Entah, give up!" lagi seorang menjawab. Biasalah, dah malas nak tunggu.

"Jawapannya, burger yang kau dah beli tiba-tiba terjatuh atas lantai."

Ya, aku benci teka teki.

Comel

Aku berjalan di Bukit Bintang bersama dua orang kawan dan ternampak satu couple mat salleh bersama baby mereka dalam trolley.

Seorang dari kawan aku pandang aku dan tunjuk ke arah baby tu.

"Tembam gila baby ni, padahal parents diorang kurus je." Aku kata.

"Biasalah, kalau kecik-kecik tembam, besar-besar nanti mesti kurus." balas kawan aku.

Betul jugak.

Kemudian aku kata, "Kalau kecik-kecik comel, nanti dah besar mesti dah tak comel kan?"

Dia gelak, setuju.

Dan aku tambah, "Sebab tu lah masa kecik-kecik aku tak comel."

Saturday, June 12, 2010

Repost-Jangan sandarkan kebahagiaan kepada perempuan completely


Aku mahu kamu, lelaki lelaki di luar sana enjoy being single.

Being
single is not something you can easily return to once you let it go. Kau mungkin kata, kau sudah lama single, dah bosan.takut dipanggil gay

Well, kalau kau sudah lama
single, kau sebenarnya sudah lama untung tapi kau tak sedar. Selama ni kau bebas. Kau banyak masa untuk diri sendiri. Kau jadi diri kau yang sebenar. Kau puaskan diri kau. Jadi apa yang kau mahu.

Tapi bila kau berpacaran, kau akan jadi orang lain. Kau mungkin terkongkong. Kau tak lagi dapat jadi diri kau yang sebenar. Kau akan pakai topeng.
Kau kurang masa untuk diri sendiri. Kau kurang masa untuk ibubapa kau. Kau akan sibuk dengan menjaga hati pacar kau. Kau sudah tiada masa untuk jaga diri sendiri. Kau jadi sensitif, senang terasa,
moody, cepat marah. Dah tak emotionally independent.



Berapa ramai lelaki di luar sana yang korbankan pelajaran, kerjaya dan masa depan kerana perempuan. Kau, jangan begitu.

Kalau kau betul-betul mahu dan tiada apa yang rugi, baru kau
settle down.
Masa kau
single ni lah kau banyak peluang untuk berbakti pada ibu bapa dan keluarga kau. Masa kau single lah kau nak explore kebolehan kau, explore kelemahan kau, explore macam-macam. Masa single lah kau nak jadi adventurous.



Aku dulu, sebelum jumpa Mrs Bunchet,(tahun 2007) I was at my best. Aku rasa aku di kemuncak. Rasa sangat bahagia. Aku betul-betul bahagia jadi
single. Aku cuma perlu jaga hati sendiri. Tak ada orang boleh sakitkan hati aku (selain family aku ). Tak ada orang boleh buat aku merana, cemburu, kecil hati. Memang aku emotional independent habis. Dan aku pun tak sakitkan hati sesiapa.

Takde marah siapa-siapa. Takde rindu siapa-siapa.
Menjalani hidup sahaja.

Waktu tu, takde perempuan pun yang telefon aku malam-malam. Takde perempuan text aku siang-siang. Takde perempuan ajak keluar. Pergi mana-mana takde perempuan kacau. Aku macam
invisible dari dunia perempuan, dan aku bahagia. Yang ada cuma mesej-mesej macam dalam
entri ini. Takde effect pun.

Aku dressing macamana pun takde orang yang
offended, yang nak marah.

Dalam hidup aku waktu tu cuma pergi jam, makan, shopping, jumpa kawan-kawan, dan kongkek. Tak perlu perempuan yang tak platonik. Lagipun waktu tu senang mahu jumpa jaggerjack dan encik cerah sebelah. Bahagia yang amat. Aku rasa hidup aku dah
complete.

Nak tulis blog atau status FB pun tak perlu fikir kut-kut kau
offend pacar kau.

Nak
overnight di mana-mana pun takde orang kisah.

I took really good care of myself. Waktu tu self-esteem aku sungguh OK tahap aku boleh pergi kongkek. Maksud aku, well, you know, bitching and all that stuff.

Tak perlu waktu dan tempat private untuk bercakap telefon bila pacar telefon.

Tiada airmata kerana perempuan.
Yang ada cuma gelak ketawa bersama rakan-rakan lelaki platonik.

Kawan-kawan pun tak perlu berebutkan aku dengan pacar aku. Macam sekarang.

Once kau dah ada pacar, kau takkan dapat benda-benda macam ni.

Mungkin kau kata, boleh bahagia juga dengan perempuan.
Benar, kalau saling mencintai boleh bahagia juga.
Tapi kalau kau sandarkan kebahagiaan itu pada perempuan, musnahlah hidup kau bila ditinggalkan.

Tuhan yang beri kau bahagia.


Walaupun aku sudah tak dapat rasa kebahagiaan yang dulu, dan aku rindu sangat-sangat kebebasan aku itu, aku bersyukur kerana Tuhan pernah bagi aku rasa.
At least aku pernah merasa.

Kau pula, yang sekian lama merasa, silalah
enjoy.

Sounds
silly, pining for my past. Tapi itulah yang aku rasa.


Aku rindu jadi
emotional independent. Kurang stress. Kurang sedih. Tiada airmata.
Banyak masa untuk spend dengan kawan-kawan.

Ouh, aku rindu kawan-kawan aku. Kalian jangan pernah fikir aku lupakan kalian.
Aku sayang kalian.


Tapi aku masih nak pacar lagi,nak merasa sekali lagi.